Thursday 4 June 2009

Definisi Akidah

Perkataan akidah berasal dari perkataan bahasa Arab iaitu "aqada yang bererti ikatan atau simpulan. Perkataan ini juga digunakan pada sesuatu yang maknawi seperti akad nikah dan akad jual beli. Dari ikatan atau simpulan yang maknawi ini maka lahirlah akidah iaitu ikatan atau simpulan khusus dalam kepercayaan. Sementara dari segi istilah, akidah bermaksud kepercayaan yang terikat erat dan tersimpul kuat dalam jiwa seseorang sehingga tidak mungkin tercerai atau terurai. Akidah menurut istilah syara" pula bermaksud kepercayaan atau keimanan kepada hakikat-hakikat atau nilai-nilai yang mutlak, yang tetap dan kekal, yang pasti dan hakiki, yang kudus dan suci seperti yang diwajibkan oleh syara" iaitu beriman kepada Allah swt, rukun-rukun Iman, rukun-rukun Islam dan perkara-perkara ghaibiyyat.

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah....syukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya, daku dapat memulakan blog ini. Semoga ini adalah langkah pertama kepada ribuan langkah seterusnya dalam menggapai jalan dakwah menerusi penulisan.


Saya berdoa kepada Allah agar diberi kekuatan dan istiqamah...

Amin ya Rabbal alamin.